Thursday 5 April 2012

KESIMPULAN HRIS


 KESIMPULAN HRIS

Bagi menghadapi cabaran dunia yang terus mencabar, kemajuan teknologi sentiasa berubah tetapi ia juga akan sentiasa membuat suatu evolusi dan inovasi berkaitan dengan aspek kemanusiaan di samping menjadi suatu cabaran kepada dunia. Pengurusan sumber manusia adalah perkara yang paling penting untuk diuruskan berbanding dengan organisasi dan fizikal. Ole itu pekerja adalah asset yang penting kepada organisasi dan untuk bersaing dengan orang lain. Syarikat perlu mwempertimbangkan dan membangunkan kualiti tenaga kerja yang sedia ada bagi tujuan meningkatkan produk dan kualiti perkhidmatan. Terdapat perbezaan di dalam produk dan inovasi teknologi. Kebanyakan organisasi sangat cerewet untuk menukar kepada pendekatan yang lebih sistematik di dalam menguruskan pekerja di syarikat mereka. Ini adalah merupakan usaha untuk bersaing dengan organisasi lain bagi memenuhi permintaan pasaran.

Dengan kemajuan teknologi yang kian pesat, ia telah banyak mengambil ruang persekitaran perniagaan. Oleh itu hampir keseluruhan proses pengeluaran dan penyimpanan maklumat yang dahulunya dikendalikan secara manual kini telah ditukar kepada secara automatic. Manakala kaedah-kaedah berkomunikasi secara elektronik telah banyak diintegrasikan ke pejabat-pejabat pada masa kini. Persekitaran teknologi telah mengubah amalan perniagaan hari ini. Terdapat tiga proses yang digunapakai bagi membolehkan aktiviti-aktiviti sumber manusia dalam meningkat dan membangunkan sistem perkhidmatan dan pengurusan mereka untuk kegunaan pengurusan dan pekerja, sama ada secara tradisional atau transformasi.
 
Sehingga kini, terdapat banyak organisasi yang cuba untuk mempromosikan perniagaan mereka di arena tempatan mahupun antarabangsa bagi bersaing dengan organisasi lain. Di samping itu juga, mereka cuba untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan perniagaan yang mereka jalankan. Sebahagian daripada mereka mungkin menggunakan model global HRIS, antarabangsa dan multinasional. Ada juga terdapat sebahagian daripada mereka mungkin menggunakan model transnasional yang merangkumi kesemua tiga model mengikut kesesuaian organisasi mereka. Ini adalah bertujuan meningkat prestasi organisasi mereka agar berdaya saing di persada dunia.

Akhir sekali, dengan memperolehi kemajuan teknologi maklumat akan menghasilkan kejyaan kepada organisasi tersebut. Namunbegitu ini semua bergantung kepada kesesuaian sistem yang digunakan oleh organisasi. Pihak pengurusan syarikat perlu mengenalpasti sistem maklumat yang boleh digunakan di dalam organisasi agar dapat terus kekal bersaing dalam industri. Ini merupakan titik kejayaan kepada organisasi tersebut. Wassalam.
                
                 Yang Ikhlas Tapi Jauh, Assalamualaikum w.b.t.h.
                
AS

GLOBALISASI DALAM HRIS


GLOBALISASI DALAM HRIS


Bab seterusnya adalah bertajuk globalisasi. Globalisasi bermaksud dunia tanpa sempadan. Manakala secara khususnya boleh dimaksudkan sebagai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Perkara ini berlaku adalah menunjukkan bahawa Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS) yang cuba diaplikasikan adalah lebih bersifat menyeluruh dan boleh digunakan di seluruh dunia tanpa had tertentu. Inilah yang dimaksudkan dengan globalisasi. Sekarang ini ramai orang bercerita tentang dunia tanpa sempadan atau global. Dimana manusia boleh mendapat berita dari seluruh dunia melalui internet.

Terdapat 3 model yang mempengaruhi Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS). Tiga model yang digunakan oleh organisasi tersebut adalah :-

1.  Model Multinasional

 Di dalam model ini, jika sesebuah organisasi yang ingin mengamalkan sistem HRIS perlu untuk mempertimbangkan perbezaaan antara keperluan maklumat tempatan dan serantau. Organisasi juga perlu tahu tentang keperluan dan kehendak kepada organisasi lain yang berkaitan. Contohnya, sesebuah organisasi yang besar ingin memberi perkhidmatan terhadap syarikat yang lain, maka mereka perlu memastikan bahawa mereka mahir dan pakar dalam perkara berkaitan dengan syarikat yang akan mereka salurkan produk mereka berdasarkan keperluan dan kehendak pelanggan. Ini bertujuan memberi perhidmatan yang memuaskan.


2. Model Global

Manakala Model Global memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan Model International tetapi Model International lebih menyepadukan operasi di seluruh dunia melalui pejabat yang berpusat di sebuah negara atau sesuatu tempat. Oleh itu model ini mengamalkan dan mengurus HRIS dengan membina sebuah sistem yang selaras agar semua organisasi dapat menggunapakai sistem tersebut Ini dapat diakses di seluruh dunia.

3. Model International

Akhir sekali ialah model international. Model ini boleh didefinisikan sebagai pembelajaran melalui memanfaatkan inovasi di seluruh dunia dan perkongsian pengetahuan. Model International menggunakan kecekapan teras yang sedia ada untuk mengembangkan operasi ke pasaran asing. Contohnya sebuah organisasi memiliki sistem yang peka dan mengambil berat terhadap perbezaan tempatan dan serantau. Tetapi pada masa yang sama, sistem ini boleh digunakan oleh semua organisasi bagi memanfaatkan inovasi.



Dalam transnasional pula, terdapat tiga komponen yang merangkumi:

1. Global efisyen

Global efisyen bermaksud satu sistem yang mengamalkan peramalan terbaik dari seluruh dunia dan mereka menggunakan system ini untuk memastikan sistem maklumat mereka lebih efisyen.

2. Fleksibiliti tempatan

Fleksibiliti HRIS bermaksud sistem yang boleh organisasi tempatan gunakan untuk tujuan di dalam organisasi mereka. Ini bermakna mereka adalah prihatin terhadap keperluan mereka. Apabila pihak pengurusan responsif kepada keperluan mereka, maka ia memerlukan kepada kepelbagaian dan menghargaipelbagai perspektif.

3. Inovasi dan perkongsian.

Manakala pembelajaran dan perkongsian adalah maklumat didalam organisasi. Dengan inovasi, mereka tidak hanya akan mengeluarkan produk dan servis mereka sahaja malahan proses mereka juga keluarkan. Untuk berkongsi maklumat, mereka perlu menggunakan sumber yang terbaik agar semua organisasi dapat menggunakan maklumat tersebut dari internet. Melalui penggunaan internet, mereka dapat berkongsi segala maklumat dan kepakaran mereka dengan lebih mudah.

Bagi tujuan pengurusan sumber manusia menjadi lebih global dan strategik, ianya menjadi lebih penting an kritikal kepada organisasi. Walaupun tidak semua syarikat mengiktiraf, masih ramai yang mengagumi dan yakin terhadap sistem ini. Akibatnya, mereka melakukan banyak perkarayang berkaitan pengurusan sumber manusia dengan lebih berkesan. Global mengubah sifat syarikat melalui kewujudan program pampasan dan bilangan organisasi HRIS global yang ujud untuk mengendalikan isu-isu di seluruh dunia. Masalah yang HRIS perjuangkan untuk membinasebuah sistem yang benar-benar global adalah suatu perkara yang penting sedangkan iaadalah mahal dan memakan masa. Ia memerlukan kerjasama dari semua aspek malah organisasi dengan pelbagai persekitaran, sistem undang-undang dan bahasa-bahasa duniadalam amalan perniagaannya.

Bahan Rujukan:-
1.      Bohlander & Snell, (2007), Globalization Human Resources Information System.

Wednesday 4 April 2012

KELEBIHAN PERSAINGAN DI DALAM SISTEM MAKLUMAT SUMBER MANUSIA




KELEBIHAN PERSAINGAN DI DALAM SISTEM MAKLUMAT SUMBER MANUSIA
Di dalam Sistem Maklumat Sumber Manusia juga terdapat cabaran dan persaingan sewaktu menggunakan HRIS di dalam organisasi. Antaranya, cabaran keupayaan untuk mengekalkan tahap komitmen pihak pengurusan senior dan sumber yang diperlukan untuk mengimplikasikan dan menguruskan serta meningkatkan HRIS. Sekiranya penerimaan dan pelaksanaan sistem dapat dilakukan dengan lebih baik, maka secara keseluruhannya sistem ini dapat diguna pakai dalam organisasi tersebut. Antara cabaran lain pula, kebimbangan yang wujud dalam menguruskan kesulitan dan masalah yang wujud dalam sistem ini. Situasi ini berlaku akibat kekurangan tenaga pakar untuk menyelesaikan masalah jika sesuatu masalah itu timbul. Selain itu, cabaran yang boleh memberi kesan besar ke atas organisasi ialah timbulnya halangan yang berkaitan dengan HRIS dan fungsi ke atas HRIS di antara pihak pengurusan atasan dengan pihak pekerja, serta tanggunjawab yang wujud bersama-sama untuk menguruskan proses perubahan dan implikasinya ke atas sistem baru.


Di senaraikan tiga peranan teknologi maklumat kepada sesebuah organisasi:



1) Untuk meningkatkan kecekapan proses secara ketara. 
  
Apabila sesebuah organisasi menggunakan teknologi maklumat sebagai sistem utamanya, maka beban tugas dan masa kakitangan mereka dapat dikurangkan dan setiap tindakan yang dilakukan akan lebih cekap dan berkesan. Ini akan meningkatkatkan proses operasi.

2) Meningkatkan komunikasi

Dapat meningkatkan komunikasi dikalangan pekerja-pekerja, pesaing, pembekal dan lain-lain pihak yang berurusan dengan organisasi. Maklumat yang disampaikan dapat dihubungkan terus kepada pihak yang lain. Dengan cara ini dapat menjalinkan hungungan yang erat dengan pelanggan.

3) Memudahkan kerjasama

Gabungan atau rangkaian diantara beberapa organisasi yang lain dapat memudahkan sesebuah organisasi itu menjalin hubungan kerjasama yang baik untuk kepentingan kedua-dua belah pihak yang terlibat.Ini akan memudahkan lagi urusan diantara kedua belah pihak.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi atau memberi kelebihan terhadap daya saing. Diantaranya adalah
1.      Persaingan dikalangan pesaing didalam industri itu sendiri
2.      Kehadiran peserta baru ke dalam industri dan pasaran
3.      Produk gantian yang boleh mempengaruhi segmen pasaran
4.      Kuasa tawar-menawar oleh pembeli dan pembekal.


Penyertaan oleh organisasi baru dalam industri dan pasaran banyak mempengaruhi turun naiknya hasil jualan oleh pihak industri. Ini kerana pastinya akan ujud banyak saingan terutamanya bagi nilai dan kualiti produk yang ditawarkan oleh pesaing.

Dengan wujudnya produk gantian yang boleh menguasai pasaran, pesaing akan menawarkan produk yang baru dan menarik pada harga yang lebih rendah . Gantian produk merupakan produk yang mempunyai fungsi yang sama tetapi dari jenama atau pengeluar yang berlainan. Oleh itu jika sesebuah organisasi tidak mampu untuk bersaing dengan pesaing mereka, maka mereka sudah tentu akan mengalami kerugian. Ini merugikan kepada organisasi tersebut.

Dengan adanya kuasa tawar-menawar diantara pembekal dan pembeli juga amat mempengaruhi pasaran. Di dalam situasi yang sebenarnya, ia lebih memihak kepada pihak pembekal. Ini adalah kerana jika organisasi tidak memiliki kuasa atau kelebihan bersaing, maka pihak pembekal juga akan sering memanipulasikan keadaan dengan menawarkan bahan mentah pada harga yang lebih tinggi sehingga ia menyebabkan harga produk keluaran industri tersebut terpaksa dijual pada harga yang mahal. Situasi ini akan menyebabkan pembeli enggan meneruskan pembelian. Situasi ini akan merugikan kepada penjual.


Bagi memastikan sesebuah organisasi terus berdaya saing dan mampu bertahan, terdapat lima kaedah atau strategi yang boleh digunakan, iaitu :



1. Kepimpinan Kos

Dengan keberhasilannya organisasi dapat merekacipta sesuatu produk yang lebih baik dan memenuhi keperluan di dalam HRIS, maka organisasi tersebut akan dapat mengaut keuntungan dengan tinggi dan lumayan serta ianya juga dapat mengurangkan kos pembuatan.


2. Perbezaan Strategik

Didalam usaha untuk merekacipta sesuatu produk, organisasi yang strategik perlu melihat perbezaan daripada organisasi yang lain agar pelanggan yang pandai membuat pilihan dapat memilih produk yang terbaik sebagai pilihan. Disamping itu juga mungkin berlaku sesuatu produk itu hanya di perlukan di sesebuah tempat tapi ianya mungkin tidak sesuai di tempat yang lain. Oleh itu organisasi tersebut perlu bijak untuk menilai kehendak dan  keperluan pengguna setempat untuk memasarkan produk mereka bagi mendapatkan keuntungan.

3. Strategik Inovasi

Organisasi perlu untuk mengeluarkan produk yang berinovasi dan kelihatan lebih menarik serta lebih fleksibel untuk digunakan. Masyarakat kini semakin sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan perkara yang kurang penting dan mereka memerlukan satu produk yang cukup inovasi untuk membantu kehidupan seharian mereka. Masyarakat hanya akan membeli sesuatu produk yang mepunyai pelbagai fungsi serta pilihan disamping melihat kewajaran memiliki produk tersebut berdasarkan harga dan kualiti yang ditawarkan.

4. Pertumbuhan Strategik

Sebelum menjalankan sesuatu perniagaan, organisasi haruslah memikirkan bagaimana perniagaan tersebut boleh menembusi pasaran global. Selain dari itu, penghasilan produk baru yang lebih kompetitif hendaklah difikirkan agar ianya dapat memenuhi keperluan pelanggan di seluruh dunia dari semasa ke semasa.Ini akan membantu meningkat pertumbuhan.

5. Perikatan Strategi

Jika organisasi tersebut menjalinkan atau menggabungkan sesuatu organisasi dengan organisasi yang lebih besar juga dapat mempertingkatkan kuasa dan daya saing dalam pasaran global. Organisasi dapat memantapkan penghasilan produk keluarannya disamping menimba pelbagai pengalaman dari rakan kongsinya. Apabila pergabungan itu berlaku, kedua-dua pihak bukan sahaja boleh berkongsi keuntungan, bahkan mereka juga boleh mendapat pengetahuan, kemahiran, kepakaran, kemudahan dan sebagainya daripada rakan kongsinya.


Rujukan:-

1.       http://www.slideshare.net/licensedcoffeejunkie/human-resource-information-system-presentation


Tuesday 3 April 2012

Pengenalan Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS)




Pengenalan Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS)

Apa yang dimaksudkan Human Resources Information System (HRIS) ?

Pada dewasa itu dunia semakin mengejar maklumat. Dengan adanya maklumat membuatkan seseorang individu itu lebih maju dan berdaya saing. Begitu juga di dalam organisasi, dengan adanya system maklumat membolehkan organisasi tersebut mendapat maklumat yang tepat dan terkini. Di dalam Jabatan Sumber Manusia memerlukan sistem yang dikenali sebagai Human Resources Information Sistem (HRIS) atau Sistem Maklumat Sumber Manusia adalah satu sistem solusi online untuk memasukkan data dan informasi. Oleh itu adalah sewajarnya organisasi yang besar perlu memiliki Sistem Maklumat Sumber Manusia (Human Resource Information System) atau HRIS .
Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS) merupakan sebuah bentuk pertemuan antara bidang ilmu sumber manusia dan teknologi maklumat. Sistem ini juga menggabungkan  suatu disiplin yang utamanya mengaplikasikan bidang teknologi maklumat. Terdapat tiga perkara utama didalam sistem maklumat. Diantaranya ialah:-
1.    Sistem yang mengumpulkan dan mengurus data yang menerangkan sumber manusia
2.    Sistem yang berfungsi sebagai media untuk transformasi data kepada maklumat dan kemudian melaporkan kepada pengguna
3.    Menyokong fungsi bahgian yang membantu dalam mendapatkan personel baru, persiapan personel melakukan tugasnya dan mengendalikan rekod yang banyak berkaitan pekerja baru dan pekerja lama.

Sistem maklumat mempunyai tiga aktiviti yang penting, dikenali sebagai kemasukan (input), pemprosesan dan keluaran (output). Ketiga-tiga aktiviti ini berfungsi untuk menghasilkan maklumat yang diperlukan dalam mengawal operasi, membuat keputusan menganalisa masalah dan mencipta produk atau perkhidmatan yang baru. Manakala kemasukan (input) ialah pengumpulan data-data asal yang diperolehi dari dalam dan luar organisasi. Kemudian pemprosesan merupakan proses penukaran data kepada suatu bentuk yang lebih bermakna. Keluaran (output) pula ialah penghantaran maklumat yang telah siap diproses kepada manusia atau aktiviti-aktiviti di mana maklumat ini akan digunakan. Sistem maklumat juga memerlukan maklum balas di mana keluaran (0utput) akan dihantar kembali kepada ahli-ahli organisasi yang tertentu untuk membantu mereka menilai serta membuat pembetulan pada peringkat kemasukan (input)..

Sistem Maklumat Sumber Manusia ( HRIS ) menyediakan keseluruhan:
  1. Maklumat pengurusan semua pekerja
  2. Laporan dan Analisis Informasi Pekerja
  3. Dokumen berkaitan organisasi seperti buku pegangan pekerja, prosedur evakuasi kecemasan dan peraturan keselamatan
  4. Kelebihan pentadbiran termasuk Pendaftaran, Perubahan Status dan Maklumat Informasi Peribadi.
  5. Integrasi lengkap dengan pengajian dan perisian kewangan syarikat dan sistem perakaunan.
Sistem HRIS yang efektif memberikan informasi tentang apa saja yang diperlukan oleh organisasi untuk menganalisis tentang pekerja dan bekas pekerja. Oleh itu adalah sewajarnya organisasi perlu memilih Sistem Informasi Sumber Manusia dan menyesuaikannya untuk memenuhi keperluan dan kehendak organisasi tersebut..
Dengan adanya sistem HRIS yang tepat, staf Sumber Manusia memerlukan pekerja untuk melakukan maklumat terkini sendiri bagi mendapat manfaat perubahan alamat dan status, sehingga membebaskan staff HR untuk melakukan fungsi-fungsi yang lebih strategik. Selain itu, data yang diperlukan untuk pekerja ialah pengembangan pengetahuan, pertumbuhan karier dan pengembangan kerjaya,
Akhir sekali, Sistem Maklumat Sumber Manusia sangat penting kepada setiap organisasi.  Pengurus dapat mengakses informasi yang mereka perlukan secara perundangan dan efektif untuk menghasilakan laopran yang lengkap dan terkini.Akhir sekali dapatlah dirumuskan bahwa dengan adanya Human Resources Information System (HRIS) atau Sistem Informasi Sumber Manusia dapat membantu organisasi terutamanya di Jabatan Sumber Manusia untuk mendapatkan segala maklumat tentang pekerja. Dengan adanya Sistem Maklumat Sumber Manusia kita tidak perlu bersusah payah menggunakan borang untuk menghantar maklumat. Wassalam.

Bahan Rujukan :
2.      E.W.T. Ngai and F.K.T. Wat (2006). Human Resource Information Systems

Monday 2 April 2012

Tentang Saya

Assalamualaikum warahmatullahhirwabarakatuh, terlebih dahulu ingin saya memperkenalkan diri saya. Nama saya ialah Ahmad Bin Salleh. Saya dilahirkan di Endau, Rompin Pahang pada 10 Oktober 1972. Ketika usia saya berumur enam tahun, saya berpindah ke Felda Bukit Goh, Kuantan Pahang. Bermula dengan pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Bukit Goh dan seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Bukit Goh sehingga ke tingkatan lima. Selepas menamatkan bangku sekolah, saya menceburi bidang pekerjaan. Bermula dengan pekerjaan sebagai pembantu operator kilang papan di Kuantan selama 6 bulan. Kemudian saya meneruskan bidang pekerjaan sebagai Pegawai Pemasaran di sebuah syarikat swasta selama 1 tahun. Dalam masa yang sama saya mengintai peluang pekerjaan yang lebih baik. Dengan berkat doa yang panjang, pada tahun 1990, saya diterima masuk bekerja sebagai Kerani Setor di sebuah kilang pembuatan perabot yang terkenal di Semambu, Kuantan. Setelah berhidmat dengan penuh berdedikasi dan melakukan tugas dengan penuh komitmen, saya dinaikkan pangkat sebagai Penyelia Setor setelah 4 tahun berhidmat. Kemudian saya meneruskan jawatan ini selama 6 tahun dan Berjaya menimba ilmu pengetahuan dalam bidang kejuruteraan Setor.

Namun begitu setelah 10 tahun berhidmat di syarikat pembuatan perabot, saya di tawarkan berhidmat di syarikat multinasional pembuatan kertas di Malaysian Newsprint Industries, Mentakab Pahang bermula pada bulan Mei 2000 sehingga kini. Bermula dengan jawatan sebagai Juruteknik Setor sehingga kini. Pada tahun 2003, saya meneruskan pelajaran di Universiti Teknologi Mara dengan mod pengajian Pendidikan Jarak Jauh dalam bidang Diploma Pentadbiran Awam. Saya menamatkan pengajian tersebut pada tahun 2006 dan graduat pada Julai 2007.

Bagi meneruskan dan meningkatkan kerjaya dalam segala bidang yang diceburi, saya berikhtizam melanjutkan pengajian secara separuh masa dalam Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) di SPACE UTM, Kuala Lumpur.

Saya telah mendirikan rumahtangga pada bulan Jun 1997 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Kedua-dua cahaya mata saya adalah puteri yang berumur 13 tahun dan 9 tahun. Anak yang sulung bersekolah di Sekolah Menengah Seri Semantan, Mentakab dan anak yang bongsu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Abu Bakar Mentakab, Pahang. Isteri saya pula bekerja di sektor awam. Beliau bermula khidmat pada tahun 2009. Sebelum ini beliau bekerja di pelbagai bidang di sektor swasta.


Untuk pengetahuan pembaca bahawa mata pelajaran Sistem Maklumat Sumber Manusia atau dalam bahasa Inggeris ialah Human Resources Information System (HRIS) adalah satu bentuk pembelajaran yang banyak meningkatkan pengetahuan  dalam penggunaan sistem maklumat dalam pengurusan sumber manusia. Ianya boleh diadaptasi jika kita memilih bidang kerja terutama dalam bidang sumber manusia. Ini serba sedikit tentang latarbelakang.