Wednesday 4 April 2012

KELEBIHAN PERSAINGAN DI DALAM SISTEM MAKLUMAT SUMBER MANUSIA




KELEBIHAN PERSAINGAN DI DALAM SISTEM MAKLUMAT SUMBER MANUSIA
Di dalam Sistem Maklumat Sumber Manusia juga terdapat cabaran dan persaingan sewaktu menggunakan HRIS di dalam organisasi. Antaranya, cabaran keupayaan untuk mengekalkan tahap komitmen pihak pengurusan senior dan sumber yang diperlukan untuk mengimplikasikan dan menguruskan serta meningkatkan HRIS. Sekiranya penerimaan dan pelaksanaan sistem dapat dilakukan dengan lebih baik, maka secara keseluruhannya sistem ini dapat diguna pakai dalam organisasi tersebut. Antara cabaran lain pula, kebimbangan yang wujud dalam menguruskan kesulitan dan masalah yang wujud dalam sistem ini. Situasi ini berlaku akibat kekurangan tenaga pakar untuk menyelesaikan masalah jika sesuatu masalah itu timbul. Selain itu, cabaran yang boleh memberi kesan besar ke atas organisasi ialah timbulnya halangan yang berkaitan dengan HRIS dan fungsi ke atas HRIS di antara pihak pengurusan atasan dengan pihak pekerja, serta tanggunjawab yang wujud bersama-sama untuk menguruskan proses perubahan dan implikasinya ke atas sistem baru.


Di senaraikan tiga peranan teknologi maklumat kepada sesebuah organisasi:



1) Untuk meningkatkan kecekapan proses secara ketara. 
  
Apabila sesebuah organisasi menggunakan teknologi maklumat sebagai sistem utamanya, maka beban tugas dan masa kakitangan mereka dapat dikurangkan dan setiap tindakan yang dilakukan akan lebih cekap dan berkesan. Ini akan meningkatkatkan proses operasi.

2) Meningkatkan komunikasi

Dapat meningkatkan komunikasi dikalangan pekerja-pekerja, pesaing, pembekal dan lain-lain pihak yang berurusan dengan organisasi. Maklumat yang disampaikan dapat dihubungkan terus kepada pihak yang lain. Dengan cara ini dapat menjalinkan hungungan yang erat dengan pelanggan.

3) Memudahkan kerjasama

Gabungan atau rangkaian diantara beberapa organisasi yang lain dapat memudahkan sesebuah organisasi itu menjalin hubungan kerjasama yang baik untuk kepentingan kedua-dua belah pihak yang terlibat.Ini akan memudahkan lagi urusan diantara kedua belah pihak.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi atau memberi kelebihan terhadap daya saing. Diantaranya adalah
1.      Persaingan dikalangan pesaing didalam industri itu sendiri
2.      Kehadiran peserta baru ke dalam industri dan pasaran
3.      Produk gantian yang boleh mempengaruhi segmen pasaran
4.      Kuasa tawar-menawar oleh pembeli dan pembekal.


Penyertaan oleh organisasi baru dalam industri dan pasaran banyak mempengaruhi turun naiknya hasil jualan oleh pihak industri. Ini kerana pastinya akan ujud banyak saingan terutamanya bagi nilai dan kualiti produk yang ditawarkan oleh pesaing.

Dengan wujudnya produk gantian yang boleh menguasai pasaran, pesaing akan menawarkan produk yang baru dan menarik pada harga yang lebih rendah . Gantian produk merupakan produk yang mempunyai fungsi yang sama tetapi dari jenama atau pengeluar yang berlainan. Oleh itu jika sesebuah organisasi tidak mampu untuk bersaing dengan pesaing mereka, maka mereka sudah tentu akan mengalami kerugian. Ini merugikan kepada organisasi tersebut.

Dengan adanya kuasa tawar-menawar diantara pembekal dan pembeli juga amat mempengaruhi pasaran. Di dalam situasi yang sebenarnya, ia lebih memihak kepada pihak pembekal. Ini adalah kerana jika organisasi tidak memiliki kuasa atau kelebihan bersaing, maka pihak pembekal juga akan sering memanipulasikan keadaan dengan menawarkan bahan mentah pada harga yang lebih tinggi sehingga ia menyebabkan harga produk keluaran industri tersebut terpaksa dijual pada harga yang mahal. Situasi ini akan menyebabkan pembeli enggan meneruskan pembelian. Situasi ini akan merugikan kepada penjual.


Bagi memastikan sesebuah organisasi terus berdaya saing dan mampu bertahan, terdapat lima kaedah atau strategi yang boleh digunakan, iaitu :



1. Kepimpinan Kos

Dengan keberhasilannya organisasi dapat merekacipta sesuatu produk yang lebih baik dan memenuhi keperluan di dalam HRIS, maka organisasi tersebut akan dapat mengaut keuntungan dengan tinggi dan lumayan serta ianya juga dapat mengurangkan kos pembuatan.


2. Perbezaan Strategik

Didalam usaha untuk merekacipta sesuatu produk, organisasi yang strategik perlu melihat perbezaan daripada organisasi yang lain agar pelanggan yang pandai membuat pilihan dapat memilih produk yang terbaik sebagai pilihan. Disamping itu juga mungkin berlaku sesuatu produk itu hanya di perlukan di sesebuah tempat tapi ianya mungkin tidak sesuai di tempat yang lain. Oleh itu organisasi tersebut perlu bijak untuk menilai kehendak dan  keperluan pengguna setempat untuk memasarkan produk mereka bagi mendapatkan keuntungan.

3. Strategik Inovasi

Organisasi perlu untuk mengeluarkan produk yang berinovasi dan kelihatan lebih menarik serta lebih fleksibel untuk digunakan. Masyarakat kini semakin sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan perkara yang kurang penting dan mereka memerlukan satu produk yang cukup inovasi untuk membantu kehidupan seharian mereka. Masyarakat hanya akan membeli sesuatu produk yang mepunyai pelbagai fungsi serta pilihan disamping melihat kewajaran memiliki produk tersebut berdasarkan harga dan kualiti yang ditawarkan.

4. Pertumbuhan Strategik

Sebelum menjalankan sesuatu perniagaan, organisasi haruslah memikirkan bagaimana perniagaan tersebut boleh menembusi pasaran global. Selain dari itu, penghasilan produk baru yang lebih kompetitif hendaklah difikirkan agar ianya dapat memenuhi keperluan pelanggan di seluruh dunia dari semasa ke semasa.Ini akan membantu meningkat pertumbuhan.

5. Perikatan Strategi

Jika organisasi tersebut menjalinkan atau menggabungkan sesuatu organisasi dengan organisasi yang lebih besar juga dapat mempertingkatkan kuasa dan daya saing dalam pasaran global. Organisasi dapat memantapkan penghasilan produk keluarannya disamping menimba pelbagai pengalaman dari rakan kongsinya. Apabila pergabungan itu berlaku, kedua-dua pihak bukan sahaja boleh berkongsi keuntungan, bahkan mereka juga boleh mendapat pengetahuan, kemahiran, kepakaran, kemudahan dan sebagainya daripada rakan kongsinya.


Rujukan:-

1.       http://www.slideshare.net/licensedcoffeejunkie/human-resource-information-system-presentation


No comments:

Post a Comment